

Dear
Mother,
Assalamualaikum
buat Emak yangku sayang. Anakmu menulis surat ni kerana ingin
mengatakan sesuatu kepadamu sekiranya anakmu telah pergi kemana
sahaja atau pergi buat selamanya. Hanya surat ini sahaja yang dapat
anakmu ini tinggalkan sebagai coretan terakhir buatmu.
Emak,
Nur beruntung kerana dilahirkan olehmu walaupun kadangkala orang
fikir Emak seorang yang lemah. Nur sangat bersyukur kepada Allah
kerana memilih Emak sebagai salah seorang hamba yang baik untuk
melahirkan seorang cahaya mata yang diberikan Allah kepadamu. Walau
bagaimanapun, Nur sangat berterima kasih kepada Emak kerana dengan
penat lelah Emak menjaga Nur tidak kira siang mahupun malam even
ketika kecil Nur dihantar kepada Nek Long tidak seperti adikberadik
yang lain tapi tetap Emak yang terbaik untuk Nur. Ingat ketika dulu,
Nur menangis-2 taknak kena duduk dengan Nek Long sehinggakan kena
marah dengan Nek Long sebab Nur nak pergi ke rumah nenek tapi Emak
tak bagi duduk dengan nenek sebab Emak taknak menyusahkan nenek lagi
untuk menjaga cucunya yang dihantar oleh adikberadik yang lain. Balik
tuh, Emak belikan Nur patung Doremon warna kuning. Memang mengedik le
masa tu buat-2 manja. Hahha! Indah saat tu bila di ingati semula.
Setiap
pagi, Emak yang bertungkus lumus memasak dan menyediakan makan minum
Nur dan adikberadik yang lain untuk ke sekolah. Dulu kita tak sekaya
macam sekarang hanya beratapkan zink dan berdindingkan papan dan
kayu. Tidur pun adikberadik perempuan yang seramai 4 orang berkongsi
1 bilik beralaskan katil tingkat manakala Abg Wan tidur sorang-2 dan
adik tidur dengan Emak dan Abah tapi sekarang Alhamdulilah dengan
kerja kuat Emak dan Abah kita dapat hidup dengan selesa sekali bilik
pun dah masing-2 cuma adik je berkongsi bilik dengan Abg Wan.
Indahnya!
Emak
seorang yang tabah menghadapi segala rintangan walaupun orang tengok
luaran emak lemah tidak boleh tengok orang menangis, cerita sedih-2
sampaikan hindustan pun Emak sedih nak-2 lagi kuch kuch hotahi.
Hahhaa! Tapi dalaman Emak tetap kuat. Emak seorang yang tak tahu
berfesyen yang ala-2 tittop gitu tapi Emak tetap cantik bagi kami
semua. Emak jenis yang tidak kisah dan makan pun tak kisah walaupun
makan sambal dengan ikan goreng sekali pun.
Emak,
terima kasih kerana jaga Nur, didik Nur, berikan kasih sayang kepada
Nur dan menyediakan segalanya-2 untuk Nur termasuk Abah sekali.
Memang Nabi pun cakap jasa Emak dan Abah tidak dapat dibalas dengan
wang ringgit tapi In Shaa Allah Nur sedang berusaha mendengar kata
dan belajar untuk tidak kurang ajar lagi. Thanks Emak. I love u so
much :)
Note: Ibu adalah ratu hati kita. Tanpa dia kita tak mampu menjadi seorang insan. Sejahat-II Ibu itu ia tetap milik kita. Syurga di telapak kaki ibu =)
No comments:
Post a Comment