
Hari ni aku macam terpanggil untuk
bercerita tentang Siapa Sebenarnya '' Mrs Trampompom '' ni.
Kelakarkan nama blog ni dah macam kepompom je. Okey tak lawak >.<
Hurm okey tanpa membuang masa korang membacanya aku pun tak bosan
dengan apa yang aku merepek bagai ni.
Cik NAM atau nama
sebenarnya Nur Aqilah Minhad. Dilahirkan pada 8 January 1995 Jam 9.05
p.m seberat 3.5 kg di Hospital Besar Melaka yang diazankan oleh
bapanya Minhad Busu sambil diperhatikan oleh emaknya Awa Mohd Yatim.
Hehe. Rasa indahnya bila melihat dunia dan mendengar khalimah-II itu.
Allahuakbar! Mempunyai 6 orang adikberadik 4 perempuan (termasuk aku)
2 lelaki. Berdarah kacukan mamakindia sebelah ibu dan melayu sebelah
bapa tapi bila dicampur-II jadilah Melayumamak je. Hahaha. Ketika
kecil dijaga oleh nenek sedara sebelah emak iaitu Zainab Said yang
ketika itu tinggal di Tanjong Kling sementara emak kerja disebuah
kilang dan ayahnya kerja di Kem Terendak sebagai Chef. Apabila sudah
berumur 5 tahun dihantar pula ke Tadika Jaim berdekatan rumahnya
sehingga berumur 6 tahun. Kt tadika dulu aku pernah cucuk seorang
budak lelaki dekat peha dia sebab terlalu geram kemungkinanlah.
Hahahah! Gangster kampung dulu tau. Mandi sungai, tangkap anak budu,
panjat pokok rambutan, main pondok-II and macam-II lagilah zaman
kecik aku buat sampai naik hitam kulit pakai losyen pun tak jalan
disebabkan banyak daki mungkin. Hahahahahha!
Ketika berumur 7-12 tahun
bersekolah di SK Kampung Gelam dan SK Agama Kampung Gelam. Manakala
SMK Seri Tanjong pula dari form 1 hingga form 5. Disitulah aku
mengenali siapa diri aku, kenal kawan-II aku terutamanya Nasyrah,
Sue, Naie, Aen dan yang lain-II dan kenal erti ''Cinta Dusta'' haha.
Orang cakap aku playgirl? Pada hal tak pun, yelah mulut orang mana
kita boleh tahan-II takkan kita nak bunuh dia pakai pedang samurai
pulak hmm memang taklah. Yelah orang kalau dah benci dia tetap benci
jugak tapi bila dah suka kita dia puji melambung-II. Yeke dokk? Genap
setahun lebih single dan best rasanya -..- Aku ni seorang yang agak
pemalu dan pendiam bila dengan orang yang baru dikenali sikit tapi
bila didekati lama-II ia sangat peramah, mudah berkawan dan kepala
tingtong sikit. Orang pun naik menyampah dengan perangai aku ni. Suka
senyum sampai naik lenguh mulut ni tapi bila time serius amboi kalah
muka The Rock tau. Garang siak! (orang yang kata) * sambil joget
dangdut. Hahahahahha. Aku ni bila rajin tuh semua orang aku nak
tolong kalau boleh semua perkara nak buat tapi bila malas asyik duk
tengok tv sampai tv tu pun penat tengok muka aku je (meletop) hahha.
Seorang yang kelakar dan meminati bola sepak dan badminton. Hurm,
suka akan warna purple dan warna putih kerna putih melambangkan suci
and bersih dan purple nampak comel dan lembut. Hikhik. Manakala
makanan pula ia tak kisah tapi sangat kurang makan ikan dan tak makan
kerang, siput sedut dan adikberadik dia sekali dan tak lupa jugak tak
makan mee kuning disebabkan kejadian tetttt tuh la aku dah tak
mahukannya lagi kalau makan gerenti muntah balik. Cerewet? Taklah!
Semua orang ada kelebihan dan kekurangannya.
Okey, lastly aku gadis
biasa tak suka bermekap tebal-II kalah Primadona. Pakaian pun simple
kadang-II pakai baju kurung dan selipar bila p jalan-II dengan
family. Aku tak reti nak bergaya sakan macam Yuna dengan
selendangnya, Rozita Che Wan dengan bajunya, Siti dengan fesyennya
and sesiapa sekali pun sebab AKU ADALAH AKU..

Note: Jadilah diri
sendiri kerna apabila kita menjadi orang lain kita tak akan tahu apa
kebolehan diri kita dan hanya mengikut telunjuk orang sekeliling.
Bak kata pepatah '' Ukur Baju Dibadan Sendiri ''
No comments:
Post a Comment